Baru-baru ini vivo telah berjaya menjadi rakan kongsi untuk pertandingan bola sepak EURO 2020. Terkini, vivo mengumumkan yang mereka komited untuk melebarkan lagi sayap ke 12 pasaran Eropah pada tahun 2021.

Oleh itu, vivo telah mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada anggota dari 16 kewarganeraan untuk ibu pejabatnya di Eropah.

wakil vivo dari ibu pejabatnya di Eropah

Kerjasama dengan EURO 2020 juga selari dengan pengembangan jenama ke negara baharu seperti Austria dan Siberia kerana ia dapat menembusi batasan budaya serta menyatukan ramai peminat seluruh dunia.

Menurut vivo, mereka telah berkembang ke lebih 50 negara dan wilayah dengan lebih 400 juta pengguna. Malahan, mereka akan kuatkan lagi komitmen untuk menyediakan produk dan servis terbaik untuk pengguna.

Sumber: siaran akhbar vivo

Baca juga – vivo V21 Ada Pilihan Warna Baru, Kalau Beli Dapat Hadiah Percuma Bernilai RM445

Baca juga – vivo X70 Mungkin Didatangkan Dengan Penstabilan Imej 5 Paksi