Ramai sudah menanti kehadiran Android 12 untuk peranti masing-masing dan berita baik bagi pengguna realme, sistem operasi berkenaan bakal dilepaskan tidak lama lagi.

Menurut realme Malaysia, realme UI 3.0 telah dijadualkan pelancarannya pada minggu hadapan, 13 Oktober 2021. Sistem antaramuka yang berasaskan Android 12 itu akan diterima pengguna global bagi siri realme GT terlebih dahulu. Model-model lain pula bakal menyusul kemudian.

Sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun lalu, realme UI setakat ini menjangkau lebih dari 100 juta penggunaan diseluruh dunia. Iterasi ketiga dari realme ini disebut-sebut bakal memberikan nafas baru kepada reka bentuk ikon, kertas dinding, susun atur, beberapa tambahan ciri serta navigasi.

Baca juga:

kedai rasmi realme Malaysia:
Shopee - https://invol.co/cl6iudt
Lazada - https://invol.co/cl6iueb