Google kelihatan benar-benar tidak sabar untuk melancarkan telefon pintar baharu mereka siri Pixel 6 yang dijangka antara September hingga Oktober tahun ini.

Terbaru, Hiroshi Lockheimer yang merupakan salah seorang pengasas Android di Google telah berkongsikan tangkap layar yang mungkin daripada Pixel 6 Pro.

Berdasarkannya, ia memaparkan lockscreen yang juga kelihatan ikon pengimbas cap jari. Menguatkan lagi dakwaan bahawa imbasan cap jari pada skrin akan ditawarkan pada pengguna.

Dikatakan Pixel 6 Pro dilengkapi skrin 6.7 inci beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Sementara varian standard Pixel 6 adalah 6.4 inci beresolusi FHD+ 90Hz.

Jika anda berasakan lokasi pengimbas cap jari itu janggal, terdapat pengguna mendakwa bahawa ia adalah mirip dengan pengimbas cap jari yang ada di peranti Galaxy S21 Ultra.

Bagaimanapun, sekarang kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Google kerana mungkin tidak lama lagi ia akan diperkenalkan.

Sumber: Mishaal Rahman

Baca juga: