Sebelum ini pelbagai model telefon pintar keluaran China telah pun mula menawarkan ciri yang membolehkan pengguna telefon pintar itu menambah RAM sedia ada.

Tetapi kini, pengguna telefon pintar Samsung juga akan boleh menambah RAM telefon pintar mereka.

Ciri yang Samsung namakan sebagai RAM Plus itu mula ditawarkan menerusi kemas kini kepada model Samsung Galaxy A52s 5G.

Ciri tersebut sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar Samsung di India.

Tetapi ciri itu dijangka akan turut ditawarkan kepada model-model telefon pintar Samsung yang lain juga secara berperingkat kepada penggunanya di seluruh dunia.

Ciri tambah RAM atau virtual RAM adalah teknologi yang boleh meningkatkan kuasa pemprosesan dengan meminjam daripada ruang storan dalaman peranti.

Sumber: SAMMOBILE

Baca juga: