Pada tahun lalu, Samsung telah mula memaparkan iklan-iklan pada sebahagian aplikasi-aplikasi yang tersedia ada di dalam barisan telefon pintar keluarannya.

Antara aplikasi-aplikasi Samsung yang memaparkan iklan di dalamnya adalah sepertiSamsung Music, Samsung Pay, Samsung Themes, dan Samsung Weather.

Walaubagaimanpun kini terdapat laporan yang menyatakan bahawa Samsung   akan membuang iklan-iklan yang menjengkelkan penggunannya dari aplikasi mereka tidak lama lagi.

Tindakan membuang iklan-iklan itu dijangka akan dibuat menerusi kemas kini perisian One UI yang akan ditawarkan kepada pengguna peranti pintar Samsung nanti.

Tindakan ini pastinya menggembirakan pengguna peranti pintar Samsung kerana tidak lagi akan perlu mengadap iklan-iklan menjengkelkan sepertimana yang banyak dipaparkan dalam jenama peranti-peranti pintar Android keluaran dari China.

Sumber: SamMobile