Seperti yang diketahui, pada tahun lalu Mobile World Congress (MWC) tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19. Namun, ia kembali semula tahun ini.

Pada kebiasaannya, acara MWC akan mengumumkan beberapa anugerah dan antaranya adalah Global Mobile Awards (GLOMO).

Terdapat 5 telefon yang dicalonkan untuk merebut telefon terbaik, iaitu iPhone 12 Pro Max, OnePlus 9 Pro, Xiaomi Mi 11 Ultra, Samsung Galaxy S20 FE 5G dan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

Berdasarkan kesemua telefon tersebut, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dinobatkan sebagai telefon terbaik bagi tahun 2021. Menurut pihak juri, ia adalah telefon pintar Android yang sangat cemerlang dengan ciri-ciri menarik, paparan AMOLED terbaik, cemerlang dalam kamera dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat beberapa faktor utama yang diambil pihak juri bagi menentukan pemenang seperti rekaan dan inovasi, prestasi, teknologi serta inovasi baharu, sokongan kemas kini telefon dan harga yang berbaloi.

Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan anugerah yang diterima Samsung? Boleh dikatakan Galaxy S21 Ultra layak kerana kami juga telah menguji telefon tersebut. Anda boleh membaca ulasan kami mengenainya.

Sumber: GSMA

Baca juga – (Ulasan) Samsung Galaxy S21 Ultra 5G – Ini Baru Betul Telefon Ultra

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK