Huawei baru sahaja melancarkan secara rasmi sistem operasi mereka menerusi HarmonyOS pada minggu lepas. Malah, ia juga dikatakan telah dipasang pada 10 juta unit peranti Huawei setakat ini.

Baca juga – HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak cukup membantu untuk menaikkan kembali jenama Huawei secara global. Hal ini kerana hanya 4% sahaja pegangan pasaran telefon pintar oleh mereka berdasarkan laporan terbaharu dari Counterpoint Research untuk suku pertama 2021.

Buat masa sekarang, Samsung mendominasi pasaran ini yang diikuti Apple, Xiaomi, OPPO dan vivo. Bagi pasaran Asia, Apple dan Samsung berada di belakang jenama dari China, iaitu vivo, OPPO dan Xiaomi.

Melihat kepada data tersebut, Huawei nampaknya sudah berada diambang kejatuhan terutama pasaran telefon pintarnya. Bahkan, di China sendiri mereka susah mendapat tempat. Apa lagi secara global.

Faktor utama semestinya sokongan perkhidmatan Google dan harga jualan juga memainkan peranan.  Adakah sudah tiba masanya Huawei memfokuskan produk lain atau beri keutamaan rangkaian 5G dan 6G mereka? Tidak mustahil jika tiada lagi telefon pintar Huawei pada masa hadapan.

Sumber: counterpoint research