Kehadiran teknologi seperti telefon pintar memberikan kesan positif dan juga negatif kepada penggunanya.

Kesan positifnya adalah seperti maklumat terkini boleh dicapai walau di mana sahaja kita berada dan pantas. Semuanya hanya dihujung jari sahaja.

Walaubagaimanapun, ia juga memberikan kesan negatif yang tidak diduga.

Baru-baru ini, dalam penyelidikan yang diterbitkan bertajuk “Worldwide increases in adolescent loneliness” mendapati, anak-anak remaja di seluruh dunia mengalami masalah kesunyian.

Penyelidik menyatakan, isu kesunyian itu dipercayai berpunca daripada penggunaan telefon pintar.

Kajian itu yang melibatkan 37 buah negara mendapati trend daripada penggunaan telefon pintar memberi kesan kesunyian terhadap 36 buah negara.

Hasil data kajian itu diperolehi menerusi Programme for International Student Assessment di mana ia melibatkan survey ke atas lebih daripada 1 juta pelajar yang berumur di antara 15 hingga 16 tahun.

Kajian itu turut memasukkan data perasaan kesunyian dari tahun 2000, 2003, 2012, 2015 dan 2018. Perbandingan data menunjukkan sebelum tahun 2012, statistik trend rasa sunyi adalah mendatar.

Walaubagaimanapun, perasaan sunyi dikalangan remaja itu didapati meningkat antara tahun 2012 hingga 2018.

It’s surprising that the trend would be so similar across so many different countries… if this trend is caused by smartphones or electronic communication, a worldwide increase is exactly what you’d expect to seeGiven that digital media does not produce as much emotional closeness as in-person interaction, the result may be more loneliness in recent years.” Penyelidik.

Sumber: Science Direct, Washington Post