Antara jenama besar pengeluar konsol, hanya Microsoft yang tidak menghasilkan konsol mudah alih seperti PSP atau Nintendo Switch.
Terbaru, Surface Duo yang dinobat sebagai salah satu inovasi terbaik tahun 2020 dikatakan akan menjadi sebuah konsol mudah alih Xbox.
Microsoft is turning its Surface Duo into a handheld Xbox today. The latest app update for Xbox Cloud Gaming (xCloud) let’s you use one screen for touch controls and the other for the game. It’s like a Nintendo 3DS with Xbox games. Details here: https://t.co/ubbsEAW3r8 pic.twitter.com/aP94t9xgzC
— Tom Warren (@tomwarren) May 24, 2021
Microsoft menambah sokongan penuh skrin peranti menerusi kemas kini terbaru Xbox Cloud Gaming yang menjadikan ia seakan konsol mudah alih.
Dalam video yang dikongsi, peranti itu boleh bermain permainan Xbox dengan menggunakan dua skrin tersebut sebagai paparan dan pengawal sentuh. Pengguna boleh lihat senarai permainan yang telah diserasikan dengan ciri Xbox Touch Controls di sini.
Baca juga – Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini
Selain itu, Microsoft turut naik taraf Xbox Cloud Gaming untuk diguna Surface Duo lebih baik serta jadikan ia lebih senang melihat kandungan.
Sumber: The Verge