Sudah bertahun-tahun dunia teknologi diperkenal dengan pelbagai telefon gaming sejajar dengan populariti permainan mudah alih yang kian mendapat perhatian pengguna. Namun, kebanyakan telefon yang direka khas untuk gaming mempunyai tanda harga yang agak mahal.

Antara faktor yang membuatkan peranti itu mahal tentulah cip pemprosesan berkuasa tinggi dan pelbagai ciri tambahan yang meningkatkan pengalaman bermain. Ramai tidak tahu yang permainan mudah alih dicipta untuk semua lapisan telefon tidak kira jenis cip pemprosesan.

Oleh itu, realme ada memperkenalkan telefon baru untuk siri C mereka, realme C25s, yang menawarkan keupayaan gaming dengan bateri berkapasiti “gergasi” beserta rekaan kukuh pada harga mampu milik.

Cip terbaik untuk telefon bajet

Pertama sekali, realme C25s adalah sebuah telefon pintar yang dimuatkan cip pemprosesan MediaTek Helio G85. Ia merupakan cip lapan teras 12mn yang menyokong sehingga 2.0 GHz untuk memberikan pengalaman bermain lebih lancar.

Selain itu, cip ini dilengkapi teknologi MediaTek HyperEngine yang menguruskan CPU serta GPU telefon dengan lebih efisien dan dinamik untuk prestasi permainan lebih lancar lagi mantap.

Bukan itu sahaja, cip ini juga mampu mengoptimumkan ciri lain dalam peranti seperti sensor pengimbas cap jari ultra-pantas serta kegunaan kamera AI luar biasa melalui teknologi MediaTek NeuroPilot.

Digandingkan bersama cip gaming Helio G86, telefon ini didatangkan dengan RAM 4GB dan storan 128GB yang boleh diluaskan sehingga 256GB. Sangat berbaloi dan memadai sebagai telefon gaming bajet untuk main permainan mainstream.

Bateri ‘raksasa’

Perkara lain yang membuatkan peranti ini berbaloi dipilih sebagai telefon gaming bajet adalah baterinya yang berkapasiti mega.

Dengan bateri sebesar 6000mAh, pengguna realme C25s boleh menikmati penggunaan berpanjangan tanpa merasa bimbang kehabisan bateri. Telefon ini juga telah menjalani ujian makmal realme dengan keputusan hayat bateri selama 51 hari pada mod standby.

Sudah tentu, hayat bateri juga diuji pada penggunaan aplikasi-aplikasi lain. Melalui ujian yang dilakukan oleh realme, bateri mega ini boleh bertahan sehingga 54 jam untuk panggilan telefon, 25 jam tontonan YouTube, dan 110 jam ketika mendengar Spotify.

Selain itu, telefon ini mampu memainkan permainan Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) tanpa henti hampir separuh hari (lebih dari 10 jam). Bayangkan anda tidak perlu lagi guna khidmat power bank semasa bermain MLBB sepanjang hari, barulah syiok!

Pensijilan TÜV Rheinland

Selain ciri dalaman yang berkuasa, kebanyakan telefon pintar terutama untuk gaming akan menjalani ujian kualiti bagi memastikan peranti itu selamat digunakan.

Oleh itu, realme bekerjasama dengan TÜV Rheinland untuk memastikan telefon ini mencapai tahap kualiti dan keselamatan yang tinggi untuk penggunaan jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, realme menyatakan mereka jenama telefon pintar pertama yang mendapat TÜV Rheinland Smartphone High-Reliability Certification. Selain itu, syarat ujian pensijilan ini berdasarkan kitaran hidup tiga tahun telefon pintar.

Proses pensijilan ini merangkumi 23 ujian utama: 10 ujian senario harian seperti drop and tear, 7 Senario ujian persekitaran yang ekstrim seperti turun naik suhu dan voltan, elektrik statik, tekanan udara, dan ujian senario ketahanan 6 komponen .

Selepas ini, anda tidak perlu risau jika telefon ini akan mengalami masalah suhu terlampau panas atau rosak akibat amarah semasa bermain game kerana ia telah menjalani pelbagai ujian kebolehupayaan.

Kamera dengan sokongan AI

Main game sudah, ujian kualiti pun sudah, bahagian kamera pula macam mana?

Dengan keupayaan cip gaming yang diberitahu tadi, realme C25s merupakan telefon siri C pertama yang dilengkapi kamera 48MP dan kamera AI tiga kali ganda untuk bersaing bersama peranti lain pada segmen ini.

Telefon bajet ini menampilkan kamera utama beresolusi 48MP dengan aperture sebesar f/1.8 dan menyokong fungsi pengfokusan automatik (PDAF) beserta keupayaan zum 5x untuk hasilkan imej yang lebih terang dan jelas walaupun diambil pada jarak yang jauh.

Untuk bahagian hadapan pula, ia dilengkapi kamera swafoto 8MP dengan sokongan fungsi kecantikan AI, mod potret dan HDR yang memberikan pengalaman kamera terbaik pada peranti telefon bajet.

Selain itu, pengguna juga boleh menyelami dunia mikro dan mengambil gambar objek dengan lebih terperinci pada jarak 4cm menggunakan lensa makro 2MP.

Peminat gambar hitam dan putih (B&W) juga boleh serlahkan bakat mengambil gambar potret melalui lensa B&W yang tersedia pada telefon ini. Menariknya tentang lensa ini, ia mampu menghasilkan gambar gaya retro dengan sentuhan kontras dan tekstur yang lebih mantap ala-ala fotografer profesional.

Rekaan ‘Geometric Art’

Dari segi rekaan pula, realme C25s menampilkan skrin beresolusi 720 HD+ berukuran 6.5-inci untuk paparan lebih luas serta pengalaman bermain game dan menonton video lebih mengasyikkan.

Seterusnya, modul kamera telefon ini mengikut trend rekaan petak masa kini dengan kedudukan lensa dan flash di sudut tepi untuk kelihatan lebih bergaya dan premium.

Selain itu, bahagian belakang telefon ini didatangkan dengan dua pilihan warna Water Grey dan Water Blue serta rekaan Geometric Art untuk keterampilan lebih menarik dan selesa dipegang.

Tambahan lagi, rekaan ini tidak terdedah kepada kesan calar, cap jari, dan tidak mudah menggelongsor kerana mempunyai tekstur lima paksi ukiran radium tepat pada bahagian panel belakang.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki realme C25s sebagai telefon gaming, anda boleh dapatkannya melalui syarikat telekomunikasi Maxis bermula 10 Jun 2021 dan di semua pengedar rasmi realme pada 12 Jun 2021.

Harga rasmi telefon ialah RM699 tetapi boleh dapatkannya pada harga serendah RM1 melalui pelan pascabayar Maxis dengan internet pantas sehingga 100GB dan panggilan + SMS percuma. Beli sekarang di pautan https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/realme/c25s.

Selain itu, bagi rakyat Malaysia yang layak, anda juga boleh memiliki realme C25s untuk hanya RM1 dengan Hotlink Postpaid serta percuma 60GB Internet pantas Prihatin setiap bulan apabila anda menebus RM300 subsidy daripada Program Jaringan Prihatin. Semak kelayakan anda dan beli sekarang di http://www.maxis.com.my/jp.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia