Xiaomi baru-baru ini dikhabarkan bakal melancarkan sebuah lagi telefon berkelas andalan (flagship) yang hadir dengan teknologi baharu.

Menurut sumber boleh dipercayai –¬†DigitalChatStation, telefon tersebut mungkin menampilkan kamera di bawah skrin serta teknologi Ultra-wide band (UWB).

Baca juga – Xiaomi Nak Kamera Yang Berputar Dari Dalam

Buat pengetahuan, UWB telah pun digunakan pada jenama besar seperti Samsung dan Apple. Ia bertujuan untuk menjejak barang dan aksesori. Mungkin, Xiaomi akan memperkenalkan “AirTag” mereka tersendiri tidak lama lagi.

Baca juga – Apple AirTag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain

Bagi kamera bawah skrin pula, tidak mustahil untuk Xiaomi kerana mereka pernah memperlihatkan bagaimana ia berfungsi. Tidak pelik kalau penghujung tahun ini, era telefon dengan kamera bawah skrin akan bermula.

Dengan ini, mungkinkah telefon andalan yang dimaksudkan itu adalah dari siri Mi Mix? Hal ini kerana Mi Mix 3 sebelum ini tampil dengan skrin penuh. Kemudian, Mi Mix Fold juga adalah telefon boleh lipat pertama Xiaomi.

Baca juga – Xiaomi Mi Mix 4 Dijangka Hadir Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

Sumber: Weibo