Kita sedia maklum nama besar seperti Samsung, Xiaomi dan OPPO sudah mempunyai teknologi kamera dibawah paparan. Namun sehingga kini, hanya satu sahaja model yang dikomersialkan tetapi bukan dari senarai pengeluar diatas.

Dikenali sebagai ZTE Axon 20 5G, ia adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi sensor kamera dibawah paparan selepas diperkenalkan buat julung kalinya sekitar September tahun lalu.

Beberapa ketika ini, timbul pula laporan ZTE akan memperkenalkan teknologi kamera bawah paparan generasi kedua. Lanjutan daripada itu, ZTE melalui laman weibo rasmi mereka telah mengesahkan perkara tersebut dimana ia akan diperkenalkan menerusi ZTE Axon 30 5G.

Seperti dapat dilihat daripada poster yang dikongsi, tiada takuk atau lubang kamera di bahagian hadapan telefon ini. Hanya paparan luas sahaja kelihatan.

Difahamkan, kawasan kamera bawah skrin ini memaparkan 200ppi hingga 400ppi pixel seperti generasi sebelumnya. Tetapi kadar segar semula skrin akan dinaik taraf daripada 90Hz kepada 120Hz.

Walaupun spesifikasi lain belum dikongsi, khabar angin mengatakan telefon pintar ini mungkin menjadi pertama di dunia dengan memori sebesar 20GB.

Jika benar, ini mungkin antara calon telefon pintar yang berpotensi untuk bersaing dengan ciri dan teknologi berkuasa terbaru.

Sumber: sparrownews & weibo

Baca juga – Acer Nitro 5 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Sudah Boleh Dibeli

Baca juga – Aplikasi KitaJaga Permudahkan Orang Ramai Mencari Golongan Yang Memerlukan Bantuan