Xiaomi telah mengesahkan acara pelancaran produk baharu pada 29 Mac ini. Antara produk yang sudah pasti diperkenalkan adalah Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra.

Terbaru, dikhabarkan telefon boleh lipat dari Xiaomi juga mungkin akan dilancarkan bersama pada hari tersebut memandangkan ia adalah acara Xiaomi yang besar.

Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan telefon ini masih lagi menjadi tanda tanya. Ia dijangka akan termasuk dalam barisan Mi Mix.

Ura-ura mengatakan rekaannya tampil seperti Galaxy Z Fold 2 atau mungkin juga seperti Galaxy Z Flip seperti yang tertiris.

Dari segi spesifikasi, mungkin ia didatangkan cip Snapdragon 888, skrin 7 inci 120Hz, bateri 5000mAh serta kamera utama 108MP.

Dalam pada itu, sebuah lagi produk yang sah akan diumumkan nanti adalah komputer riba baharu, iaitu Mi Notebook Pro.

Komputer riba tersebut bakal mempunyai paparan panel OLED dengan kadar penyegaran 90Hz, cip Intel Gen-11 dan juga kad grafik dari NVIDIA.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan acara terbesar Xiaomi ini yang akan berlangsung pada jam 7.30 malam, 29 Mac 2021.

Sumber: gizmochina 1, gizmochina 2

Beli produk Xiaomi melalui:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)