Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Boleh Lipat “Clamshell” Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik

Posted on April 20, 2023April 21, 2023

vivo hari ini telah melancarkan sejumlah peranti baharu, termasuk X Flip, iaitu telefon boleh lipat clamshell pertama jenama itu. Secara tidak langsung, vivo kini berdiri sebaris dengan pembuat telefon boleh lipat vertical yang lain seperti Samsung (Galaxy Z Flip 4), OPPO (Find N2 Flip), Motorola Razr dan lain-lain.

{suggest}

Spesifikasi

Menyentuh spesifikasi, vivo X Flip dilengkapi skrin utama bersaiz 6.74-inci LTPO AMOLED dengan resolusi FHD+ dan 120Hz kadar segar semula. Ia juga mempunyai mekanisme engsel titisan air (waterdrop) dengan kesan lipatan yang hampir tidak kelihatan.

Tidak seperti pesaingnya, vivo X Flip mempunyai paparan sekunder yang unik di bahagian panel belakang, yang mana paparan itu ditempatkan di bawah modul kamera. Ia hadir dengan skrin bersaiz 3.0-inci AMOLED dengan resolusi 682 x 422 piksel yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk kod pembayaran, notifikasi, NFC, muzik dan sebagainya.

Untuk janaan peranti, vivo X Flip dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan gandingan 12GB RAM LPDDR5 dan sehingga 512GB storan dalaman yang berasaskan UFS 3.1.

Beralih ke bahagian fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP ZEISS dengan sensor Sony IMX866V + OIS dan 12MP ultra-lebar. Sementara itu, paparan berlubang di bahagian hadapan menempatkan 32MP kamera swafoto.

Bagi menghidupkan X Flip, peranti ini diisi dengan bateri berkapasiti 4,400mAh bersama sokongan pengecasan 44W. Untuk perisian, ia menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Antara lainnya, peranti ini dilengkapi sokongan 5G, pengimbas cap jari di bahagian sisi, port USB-C, Bluetooth 5.3 dan sebagainya.

Harga

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Ling Purple, Silk Gold, dan Diamond Black. Untuk pasaran China, setiap varian bermula dengan harga berikut:

  • 12GB + 256GB – 5,999 yuan (~RM3,870)
  • 12GB + 512GB – 6,699 yuan (~RM4,322)

Buat masa ini, belum diketahui bila ia akan dilancarkan untuk pasaran global.

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress