Selain berita spesifikasi model 9T yang bakal tiba, baru-baru ini OnePlus dikatakan akan mencuba sesuatu yang baru.

Menurut perkongsian terbaru di Weibo Digital Chat Station, telefon flagship OnePlus akan datang tidak lagi menggunakan cip Snapdragon. Tetapi, ia bakal dijana cip MediaTek Dimensity 1200 SoC dan sistem operasi Oxygen OS.

Baca juga – Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Telefon OnePlus 9T Akan Datang

Telefon yang sedang dibangun ini dikhabarkan mempunyai paparan rata dengan punch hole dibahagian atas kiri seperti siri OnePlus 9.

Selain itu, bahagian belakang pula seakan OnePlus 9 Pro yang menggunakan Sony IMX766 50MP sebagai kamera utama dengan dua lensa tambahan dan satu flash LED.

Mengikut pada sistem operasi yang digunakan, peranti ini dijangka bakal dipasarkan secara global pada harga sekitar 2000 yuan (~RM1,288).

Kongsikan pendapat anda mengenai perubahan cip Snapdragon ke MediaTek pada telefon pintar OnePlus di ruangan komen.

Baca juga – OnePlus Juga Mahu Perkenal “AirTag” Tersendiri

Sumber: gsmarena