Seperti yang di laporkan akhir tahun lalu, HarmonyOS 2.0 versi beta telah diperkenalkan dalam telefon pintar Huawei untuk menggantikan sistem EMUI.

Digital Chat Station (DCS) di Weibo

Menurut maklumat terkini oleh DCS di Weibo, dikhabarkan bahawa telefon pintar baru Huawei akan dipasang terus dengan HarmonyOS.

Tambahnya, model telefon Honor yang diuji dengan HarmonyOS tidak berapa serasi. Jadi, telefon baru Honor pula menggunakan MagicUI 5.0 dalam sistem Android 11.

HarmonyOS UI

Menurut cakap-cakap setakat ini, model pertama yang akan hadir dengan HarmonyOS adalah Huawei Mate 40 Pro 4G.

Pensijilan TEENA yang didapati pada peranti ini menunjukkan yang ia akan hadir dengan sistem HarmonyOS.

Banyak juga telefon pintar dan peranti Huawei lain yang menyokong sistem versi OTA akan di naik taraf ke HarmonyOS OTA.

Untuk ketahui model-model yang akan terima naik taraf, nantikan pengumuman akan datang dari Huawei.

Sumber: gizchina