Sebelum ini, gizmochina ada mendedahkan pengecas tanpa wayar magnetik dari realme yang dinamakan MagDart. Kemudian, telefon yang menyokong sistem pengecasan baharu tersebut timbul.

Menurut gsmarena, telefon tersebut adalah realme Flash yang mana ia mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar magnetik sepertimana dilihat pada barisan iPhone 12.

Bahkan, dikatakan ia jauh lebih baik dan pantas daripada Apple kerana kelajuannya mengecas adalah 15W. Ia turut mempunyai kipas bagi mengurangkan haba ketika dicas.

Sementara bagi peranti realme Flash pula, ia akan hadir dengan paparan melengkung, tetapan 3 kamera, realme UI 2.0 berasaskan Android 11, cip Snapdragon 888 bersama-sama memori 12GB RAM dan 256GB.

Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif realme mengesahkan kehadiran peranti ini menerusi poster yang dimuat naik. Malah, realme Malaysia turut mengacah dengan poster realme Flash. Mungkinkah ia akan masuk buat pasaran tempatan dalam masa terdekat? Sama-sama kita tunggu.

Sumber: gsmarena, realme Malaysia, @MadhavSheth