Minggu yang lalu kita sudah melihat Samsung tampil melancarkan sensor kamera isocell HP1, sensor pertama 200MP didunia untuk pasaran telefon pintar.

Sensor tersebut dikatakan sudah mula dibekalkan kepada pengeluar telefon pintar, namun tidak dinyatakan jenama mana yang bakal menawarkannya pada peranti mereka.

Terbaru, satu lagi khabar angin mula bertiup dimana Xiaomi dijangka menghadirkan sensor kamera tersebut pada peranti siri seterusnya, Xiaomi 12. Dikhabarkan salah satu peranti dalam siri itu akan dipasang dengan sensor 200MP ditemani dengan sensor 50MP.

Memandangkan pada ketika ini hanya Samsung sahaja memiliki sensor 200MP, ia secara tak langsung mengaitkan penggunaan isocell HP1 pada telefon andalan (flagship) Xiaomi kelak.

Selain daripada itu, ura-ura tersebut turut menyatakan Xiaomi akan mengekalkan penggunaan kamera 108MP dan 64MP untuk barisan telefon kelas pertengahan serta andalan mereka selepas ini.

Baca juga:

Kedai rasmi Xiaomi;
Shopee:
https://invol.co/cl60nxp
Lazada:
https://invol.co/cl60nxa