Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Teknologi Baru Ini Membolehkan Anda Kongsi Bateri Peranti Anda Dengan Peranti Lain

Posted on Ogos 29, 2016Oktober 23, 2016

Pernahkah anda risau tentang bateri peranti anda setiap kali anda keluar dari rumah? Kamera, telefon pintar, jam pintar, dan laptop, kini peminat tegar teknologi sering menghadapi masalah bateri dimana mereka terpaksan mengecas peranti mereka tiga atau empat kali sehari, atau mungkin lebih.

Masalah utama dalam hal bateri ini ialah anda terpaksa menunggu di sebelah sementara peranti anda di cas dan tiada cara untuk anda memindahkan kuasa bateri peranti anda ke peranti yang lain. Pengkaji dari University of Massachusetts Amherst telah datang dengan satu idea untuk menyelesaikan masalah ini.

Mereka telah mencipta satu sistem yang berupaya untuk memindahkan kuasa bateri dari peranti ke peranti yang lain yang di beri nama ‘Bradio’ iaitu Braid of Radios dan juga mampu memanjangkan hayat bateri sebanyak 100 kali.

 

Bagaimana Ia Berfungsi?

Semasa persidangan Association for Computing Mchinery’s (SIGCOMM) di Brazil, pasukan dari universiti tersebut mempersembahkan projek Bradio mereka. Ianya seperti Bluetooth cuma peranti yang menerima kuasa dari peranti lain mengunakan tenaga untuk menerima data dari peranti yang memberi. Ianya seperti cip RFID.

Sebagai contoh apabila jam pintar mahu menghantar data kepada telefon pintar anda, telefon pintar tersebut yang perlu menjalankan hampir kesemua kerja untuk menerima data berbanding jam pintar.

 

Kecil Dan Ringan

Sistem ini di bina untuk situasi dimana bateri peranti sedang rendah, membenarkan ianya beroperasi seperti sistem bluetooth. Dengan beberapa penambahbaikkan terhadapat rekaan ‘Bradio’, mereka yakin ianya dapat di dilaksanakan. Rekaan yang kecil dan ringan seperti powerbank dapat membantu pengguna untuk senang dibawa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress