Tecno POVA 5 sudah tersedia untuk dibeli dalam pasaran Malaysia. Dan peranti tersebut menawarkan kapasiti bateri gergasi, 6,000mAh untuk kelas harga bawah RM1,000.

Kini, pihak Tecno telah berkongsikan satu kiriman yang memaparkan sebuah peranti baharu siri POVA 5. Video itu menunjukkan lampu LED notifikasi pada panel belakang telefon tersebut.
When calls chime, colors take flight,#DiscoverTheLight, a dazzling sight! 🌈📲
What am I?Share your guesses with us in comments below.👇#POVA5Series. Arriving soon.
Know more https://t.co/6v0qQaXtOT#ArcInterfaceByPOVA pic.twitter.com/hh6vOkeobk— POVA Mobile (@pova_mobile) July 24, 2023
Banyak pihak berpendapat bahawa peranti tersebut adalah Tecno POVA 5 Pro. Walau bagaimanapun, Tecno tidak mendedahkan tarikh pelancaran model Pro ini kepada umum.
Tetapi, saya berpendapat Tecno POVA 5 Pro akan dilancarkan seawal hujung Ogos depan dengan julat harga sekitar RM1,000.
{suggest}
Sumber: Twitter