Terdahulu, kami pernah kongsikan cara menebus kredit eBelia RM150 dengan menggunakan aplikasi Boost.

Kali ini kami akan kongsikan ganjaran, hadiah, dan faedah tambahan lain yang boleh didapati apabila menebus kredit eBelia melalui aplikasi ini.

Baca juga – Cara Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Untuk pengetahuan, Boost menawarkan ganjaran tambahan bernilai RM300 yang boleh ditebus dari rakan niaga seperti Watsons, Digi, Mydin, dan sebagainya.

Selain itu, penerima eBelia juga berpeluang memenangi koin emas komemoratif bernilai RM29,000 (harga emas semasa) melalui Pick & Win. Penyertaan Pick & Win juga menawarkan pelbagai gajet menarik seperti komputer riba MSI, iPad Pro, dan TV Samsung Odyssey.

Dalam pada itu, Boost juga memperkenalkan progam rujukan ‘Kongsi Klub’ untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Pelajar yang berjaya membantu perusahaan mikro dan kecil kepada Aspirasi Capital akan mendapat ganjaran tunai RM1,500 setiap rujukan.

Kepada yang masih belum menebus kredit eBelia RM150, anda boleh lihat ganjaran dan faedah yang ditawarkan serta cara menebus di sini.

Baca juga – Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Sumber: siaran akhbar Boost