TCL yang merupakan pengeluar televisyen dari China, kini menafikan dakwaan ia menanam perisian pada TV pintar mereka yang membolehkan kerajaan China mempunyai akses untuk mengintip.

Memetik laporan DigiTimes, syarikat itu menyangkal dakwaan mengenai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menyiasat TCL kerana didakwa menanam perisian ke dalam TV bagi pasaran A.S.

TCL menyatakan bahawa pihaknya masih belum dimaklumkan oleh pemerintah mengenai penyiasatan yang dilaporkan ini. Syarikat itu mengatakan bahawa TV pintar yang dihantarnya hanya dipasang dengan sistem operasi yang dibangunkan oleh Roku dan Google.

Syarikat itu juga telah memenuhi semua garis panduan dan peraturan umum yang ditetapkan industri, polisi teknologi, undang-undang tempatan dan piawaian keselamatan.

Pada masa ini, TCL mempunyai peningkatan pengeluaran, dengan 7.24 juta TV telah terjual sehingga suku ketiga tahun 2020. Ia merupakan peningkatan sebanyak 24.7% berbanding tahun lalu.

Sumber: Gizmo China