Syarikat pengeluar tayar terkemuka, Goodyear kini sudah mula menghasilkan tayar kenderaan komersil mereka yang berasaskan minyak kacang soya.
Goodyear menyatakan, penggunaan minyak kacang soya memberikan peningkatan prestasi kenderaan dan meningkatkan fleksibiliti tayar dalam suhu yang lebih rendah serta meningkatkan daya tarikan dalam keadaan hujan dan salji.
Penggunaan minyak kacang soya juga membolehkan Goodyear memecahkan beberapa sempadan penggunaan tradisional minyak berasaskan petroleum bagi meningkatkan prestasi produk untuk pengguna.
Ketua Jurutera Sains dan Teknologi Polimer Goodyear, Robert A. Woloszynek menyatakan bahawa, jumlah kandungan minyak petroleum adalah sekitar 8 peratus dalam tayar biasa mengikut berat.
Tetapi Goodyear dapat menggantikan kira-kira 60 peratus daripada minyak itu dengan minyak kacang soya. Sebagai contoh di dalam siri tayar Goodyear Assurance WeatheReady.
{suggest}
Berikut adalah taray Goodyear yang sudah berasaskan minyak kacang soya:-
- Goodyear Assurance® WeatherReady®
- Goodyear Assurance® ComfortDrive™
- Goodyear Eagle Exhilarate™
- Eagle® Enforcer All Weather™ (digunakan terutamanya oleh kenderaan kerajaan/negara)
Goodyear menetapkan matlamat untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan minyak berasaskan petroleum menjelang 2040 dan menggantikannya dengan teknologi minyak kacang soya.
Sumber: Goodyear, Rubber Journal Asia