Semua sedia maklum tentang penawaran data LTE percuma oleh Unifi Mobile sebelum ini berjumlah 20GB.
Bukan itu sahaja, setiap pelanggan juga dibenarkan untuk mendaftar sehingga 5 kad sim bagi satu kad pengenalan.
Namun perkhabaran terbaru memperlihatkan jumlah itu dikurangkan kepada 10GB dan pelanggan hanya boleh mendapatkan 3 kad sim sahaja.
Sementara itu, kad sim yang didaftarkan oleh pengguna masih lagi percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran.
Sumber:1, 2 via Lowyat.net