Sudah mula berada pada pasaran Malaysia sejak April yang lepas, siri Huawei P40 merupakan salah satu peranti yang menawarkan sistem kamera terbaik ketika ini.
Ia boleh dilihat pada kedudukan penanda aras DxOMark yang mana Huawei P40 Pro mengetuai senarai dengan skor 128 selain turut menerima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik dari TIPA.
Berita baik buat anda yang sedang berkira-kira untuk memiliki siri Huawei P40 ini, Maxis kini telah mengadakan promosi “Beli 1, Percuma 1”. Penawaran ini dibuat melalui pelan pascabayar Maxis Zerolution dimana anda boleh mendapatkan dua peranti pada harga bulanan RM130 (Huawei P40) dan RM190 (Huawei P40 Pro).
Tawaran Maxis adalah seperti berikut:
- Huawei P40
- Maxis Zerolution 128 + 48 (talian tambahan) – RM155
- Maxis Zerolution 158 + 48 (talian tambahan) – RM140
- Maxis Zerolution 188 + 48 (talian tambahan) – RM130
- Huawei P40 Pro
- Maxis Zerolution 128 + 48 (talian tambahan) – RM210
- Maxis Zerolution 158 + 48 (talian tambahan) – RM195
- Maxis Zerolution 188 + 48 (talian tambahan) – RM190