Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin yang juga penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mengumumkan pendaftaran suntikan vaksinasi COVID-19 melalui laman web dan talian hotline akan bermula pada 5 Mac 2021.
Untuk pendaftaran melalui laman web, ianya boleh dilakukan melalui www.vaksincovid.gov.my.
“Pendaftaran untuk suntikan vaksin COVID-19 melalui https://t.co/bR9EH7L8Ix dan talian hotline boleh dilakukan bermula pada 5 Mac ini” – @Khairykj
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) February 24, 2021
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seramai 465,081 orang telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera, setakat 2.45 petang, 24 Februari 2021.
Orang ramai juga disarankan untuk memuat turun dan mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran untuk suntikan vaksin COVID-19 serta mengaktifkan “Push Notification” dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai suntikan vaksin tersebut.
Sumber: BERNAMA Radio