Xiaomi Mi 11 telah punĀ dilancarkan untuk pasaran China pada akhir Disember tahun lalu. Sementara itu, pada awal bulan ini Xiaomi telah mengumumkan kehadiran Mi 11 untuk pasaran global.
Kini, setelah hampir dua bulan sejak ia mula diperkenalkan, Xiaomi Malaysia mengumumkan Mi 11 akan tiba untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan.
Mengimbas kembali, peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 dengan panel AMOLED yang mempunyai resolusi WQHD+. Ia dimuatkan dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta input sentuhan 480Hz.
Bagi anda yang ingin menonton acara pelancaran Mi 11 untuk pasaran Malaysia, penstriman secara langsung akan diadakan menerusi halaman Facebook Xiaomi Malaysia pada jam 8.00 malam, 25 Februari 2021.