Seorang ibu bernama Jessica Johnson dari Connecticut, A.S  terkejut selepas kad kredit miliknya telah dicaj sehingga USD16,000.

Pada awalnya dia telah membuat laporan berlaku caj transaksi palsu pada kad kredit miliknya dalam bulan Julai lalu apabila caj kad kreditnya sudah berjumlah USD16,293.10.

Walaubagaimanapun, hanya dalam bulan Oktober lalu barulah dia diberitahu bahawa caj kad kredit yang dikenakan itu adalah sah kerana disebabkan oleh aktiviti yang berlaku di dalam Apple App Store.

Berikutan itu, Jessica segera menghubungi Apple bagi mendapatkan jawapan.

Akhirnya dia sedar bahawa caj ke atas kad kredit miliknya disebabkan oleh pembelian barangan untuk aplikasi permainan Sonic Forces selepas terlihat ikon permainan tersebut.

Dari situ dia sedar bahawa aktiviti pembelian itu telah dibuat oleh anaknya bernama George yang berusia 6 tahun.

Susulan itu, Jessica memohon pemulangan wang ke atas transaksi yang berlaku dari Apple. Namun begitu Apple menolaknya atas alasan dia tidak membuat panggilan untuk pemulangan wang dalam tempoh 60 hari selepas dari tarikh pembelian.

[Apple] said, ‘Tough.’ They told me that, because I didn’t call within 60 days of the charges, that they can’t do anything. The reason I didn’t call within 60 days is because Chase told me it was likely fraud — that PayPal and Apple.com are top fraud charges.” Jessica Johnson.

Tidak berasa simpati ke atas insiden berkenaan, pihak servis pelanggan Apple hanya menyatakan kepadanya bahawa ‘terdapat tetapan yang sepatutnya dia tahu’ bagi mengelakkan insiden tersebut dari berlaku.

Obviously, if I had known there was a setting for that, I wouldn’t have allowed my 6-year-old to run up nearly $20,000 in charges for virtual gold rings,” Jessica Johnson.

Walaupun Jessica tidak menyalahkan insiden yang berlaku itu ke atas anaknya, tetapi dia menyatakan, “I may have to force this kid to pay me back in 15 years when he gets his first job.”

Sumber: NY Post