Lee Jae-yong, merupakan Naib Pengerusi Samsung Electronics adalah anak kepada pengerusi Samsung sebelum ini iaitu Lee Kun-hee.
Namun, setelah Lee Kun-hee meninggal dunia pada Oktober lalu, tiada pengumuman Pengerusi baharu yang telah dibuat walaupun Lee Jae-yong sudah menerajui syarikat Samsung.
Dikatakan alasan mengapa Lee Jae-yong masih belum dipilih menjadi Pengerusi secara rasmi adalah disebabkan masalah undang-undang, rasuah, kesalahan berkait Presiden Korea dan juga pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Terkini, Mahkamah Tinggi Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun 6 bulan kepada Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan penggelapan wang dan juga rasuah.
Pada tahun 2017, walaupun Lee sebelum ini sudah dikenakan hukuman penjara 5 tahun, mahkamah mengurangkannya kepada 2.5 tahun setelah mendengar permohonan rayuan.
Buat masa ini, Samsung tidak membuat apa-apa kenyatakan mengenai hukuman penjara yang dikenakan terhadap Lee Jae-yong.
Pun begitu, Lee masih lagi belum bebas dengan tuduhan undang-undang yang lain. Lee juga perlu menghadap perbicaraan berhubung kes pada tahun 2015 yang mengatakan Lee menggunakan jawatan untuk kepentingannya sendiri.
Sumber: CNN