Hari ini, MR D.I.Y dan Touch ‘n Go mengumumkan beberapa inisiatif usaha sama strategik dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan melalui saluran-saluran dalam talian dan luar talian.

Antara yang menarik adalah pembeli kini boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go di semua cawangan MR D.I.Y dan juga dapat membuat pembayaran di kedai serta laman e-dagang MR D.I.Y menggunakan TnG eWallet.

Selain itu, MR D.I.Y merupakan antara rakan kongsi tetap TnG eWallet untuk program kesetiaan eWallet yang dinamakan “The Goal Hunter” yang mana pengguna boleh menebus baucar serta menikmati pulangan tunai di MR D.I.Y.

Tambahan lagi, dengan usaha kerjasama bagi kedua-dua syarikat ini, ia secara tidak langsung menjadikan proses membeli belah di MR D.I.Y menjadi lebih mudah untuk semua pelanggan.

Malah, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan TnG eWallet di kedai atau dalam talian turut akan dapat menikmati promosi dan diskaun menarik bagi memberi lebih ganjaran kesetiaan.

Sumber: Siaran Akhbar MR D.I.Y

Baca juga artikel berkaitan: