Inisiatif Taman Buaya dan Rekreasi Melaka mengadakan lawatan secara maya bersempena PKP menarik minat ramai pengguna di media sosial.

Menurut laman Facebook taman itu, lawatan secara maya terbabit akan dijalankan menggunakan medium Google Meet dan Zoom dengan harga serendah RM7.00 seorang.

Berita baik untuk semua. Jika bosan duduk dirumah, jom ke Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara maya menggunakan medium Google Meet sahaja. Hanya serendah RM 7.00 seorang.”

Apa yang menarik adalah penggunaan medium Google Meet untuk membuat penstriman secara langsung. Sedia maklum, Google Meet sudah pun biasa diguna oleh rata-rate penduduk di negara ini susulan PKP. Tidak perlu aplikasi pelik-pelik, cuma perlu guna aplikasi dari Google itu sahaja.

Di Twitter, orang ramai menyambut baik perkara itu dengan pengguna-pengguna di platform terbabit masing-masing memuji dan mencadangkan zoo-zoo lain berbuat program seumpama ini.

Perkara yang sama pernah dijalankan oleh Lazada menerusi LazLive ke Zoo Negara pada tahun lepas.