Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan dan kemas kini baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah pun bermula sejak 15 Januari sehingga 15 Februari depan.

Terkini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa talian hotline 1800-88-2747 mereka telah ditutup untuk sementara waktu bermula pada hari ini.

Buat masa ini, individu yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR adalah dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) di talian 03-8911 1000.

Individidu juga boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) BPR yang telah pun dimuat naik pada portal BPR untuk penjelasan terperinci berhubung urusan BPR.

Mengenai talian hotline BPR itu, ia boleh digunakan semula pada tarikh yang akan diumumkan pada masa akan datang.