Khabar angin berkaitan penggunaan kadar penyegaran tinggi pada model iPhone sudah mula kedengaran sebelum iPhone 12 dilancarkan lagi.

Namun, tahun ini laporan tersebut sangat kuat dan Apple dilihat bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan ‘inovasi’ mereka kepada dunia.

Terbaru, penganalisis, Ross Young mendakwa lebih daripada satu model iPhone baharu akan menerima ciri 120Hz. Sebenarnya, beliau membalas spekulasi dimana terdapat laporan mengatakan hanya satu model iPhone sahaja menggunakan skrin 120Hz.

Tambahan lagi, bagi merealisasikan ini, Apple akan melengkapkan iPhone dengan teknologi LTPO OLED yang bakal dibekalkan Samsung dan LG. Selain itu, teknologi tersebut juga memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik dan jangka hayat bateri lebih cemerlang.

Dalam pada itu, kami menjangkakan yang mana hanya versi Pro sahaja akan dilengkapi kadar penyegaran tinggi ini memandangkan itu pasti strategi Apple untuk membezakan barisan iPhone baharunya.

Sumber: Ross Young via macrumors

Beli produk Apple melalui:
Lazada (https://invol.co/cl33pyr)
Shopee (https://invol.co/cl33pze)