Kebiasaan yang kita nampak hari ini, tangkap layar (screenshot) sering dilakukan. Dari Twitter ke Instagram atau ke Facebook. Begitu sebaliknya.

Namun, selepas ini anda tidak lagi perlu berbuat demikian. Hal ini kerana Twitter sudah benarkan pengguna untuk berkongsikan twit secara terus ke Instagram Stories.

Akan tetapi, buat masa sekarang ia hanya terhad kepada pengguna iOS sahaja. Mungkin akan ditawarkan kepada Android pada masa hadapan.

Mudah sahaja, pilih mana-mana twit yang ingin dikongsikan, klik “Share” dan ikon Instagram Stories akan terpapar. Pun begitu, akaun tersebut haruslah dalam tetapan umum.

Selain itu, kami mendapati bahawa aplikasi Twitter dan Instagram perlu dikemaskini terlebih dahulu.

Sumber: Twitter

Baca juga – Aplikasi Google Anda “Crash”? Ikuti Langkah Ini

Baca juga – Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR

Baca juga – Mi 11 Ultra Berjaya Merakam Foto Bulan Dengan Jelas