Beberapa hari lepas, OnePlus mengejutkan dunia kerana mereka bergabung bersama OPPO bagi kebaikan syarikat.

Persoalan yang berlaku dalam kalangan peminat adalah sistem operasi yang bakal digunakan OnePlus. Adakah masih OxygenOS atau ColorOS seperti di China?

Baca juga – OnePlus Dan OPPO Bakal Bersatu Di Bawah Satu Bumbung

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, CEO OnePlus – Pete Lau pantas tampil menegaskan yang mana versi global peranti OnePlus masih lagi menjalankan OxygenOS.

Baca juga –┬áRasmi, Siri OnePlus 9 Di China Akan Guna ColorOS

Bermakna, pemilik-pemilik telefon pintar OnePlus boleh menarik nafas lega apabila mendengar perkhabaran ini dan boleh menantikan Android 12 nanti.

Sumber: mysmartprice