Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Perlu Lagi Ke Bank, Anda Boleh Buat ‘Loan’ Rumah Hanya Guna MAE

Posted on Mac 4, 2022

Semalam, Capital A (dahulunya Air Asia Group) telah melancarkan kemudahan pinjaman melalui aplikasi BigPay. Bergerak ke hadapan, Maybank juga kini meluluskan pinjaman perumahan hanya melalui aplikasi sepantas 10 saat.

Melalui Home2u di aplikasi MAE, pembeli rumah pertama dan pelabur hartanah dapat melakukan permohonan pinjaman hanya melalui aplikasi tanpa perlu pergi ke cawangan. Dari semakan hingga kelulusan dan Surat Tawaran (Letter of Offer), semuanya melalui dalam talian.

Home2u membenarkan individu melakukan semakan kelayakan dan kelulusan diperolehi dengan pantas tanpa perlu urusan fizikal seperti penyerahan dokumen di bank.

Daripada aplikasi MAE sendiri, pengguna boleh memilih kediaman yang diidamkan daripada pemaju seperti EcoWorld, IJM Land, Sime Darby Property dan SP Setia.

Untuk menikmatinya, anda hanya perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi terbaru dan anda sedia memulakan permohonan. Ciri Home2u boleh didapati di “More”.

Layari Maybank Home²u untuk maklumat lanjut.

Jika kad debit Maybank anda hampir tarikh luput tetapi tidak mahu beratur panjang di bank atau melalui pos, anda boleh tukarnya sendiri di kiosk layan diri yang mengambil masa beberapa minit. Anda boleh semak senarai cawangan dan cara-caranya di sini.

Baca juga:

  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U
  • Hanya Di Hujung Jari, BigPay Tawar Kemudahan Pinjaman Peribadi Secara Digital
  • Dulu Sebahagian Dari Rusia, Kini Apple Ubah Wilayah Ini Di Bawah Ukraine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress