Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Perlu Bayar Bulan-Bulan, Twitter Lancar Langganan “Premium” Secara Tahunan

Posted on Januari 19, 2023

Pelan Twitter Blue telah mendatangkan beberapa salah faham yang memberi kesan di kalangan pengguna Twitter sebelum ini.

Selepas servis tersebut ditutup oleh kerana terlampau banyak penipuan yang berlaku, ia dilancarkan semula pada Disember 2022.

Kini, pelan tersebut menawarkan pilihan langganan baharu di mana pengguna hanya perlu bayar secara tahunan sahaja.

Buat masa ini, pelan tersebut hanya tersedia untuk beberapa buah negara yang terpilih sahaja seperti AS, UK, Canada, Australia, New Zealand dan Jepun.

Twitter Blue is now available as annual subscription too
Sumber: GSMArena

Langganan tahunan menunjukkan potongan harga di mana ia lebih murah untuk bulanan berbanding daripada langganan bulanan.

Walaupun potongan harga yang diberikan tidak sebesar mana pun namun pelan ini masih lagi akan dibeli oleh pengguna tegar.

{suggest}

Pelan Twitter Blue menawarkan berbagai jenis ciri dan bukan lencana biru semata-mata.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan adalah termasuk muat naik video berdurasi 60 minit dan kebolehan untuk menyunting semula twit yang telah dimuat naik.

Langganan tahunan ini masih belum tersedia di Malaysia dan dijangka akan diperluas secara global pada masa depan.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress