Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Cukup Satu, Pelanggan Kini Boleh Beri Dua “Thumbs Up” Di Netflix

Posted on April 12, 2022

Sudah beberapa tahun Netflix menggunakan sistem rating “thumbs up/thumbs down” pada platformnya, menggantikan sistem rating “star” sebelumnya pada tahun 2017.

Terbaru, perkhidmatan penstriman itu mengumumkan perubahan pada sistem rating “thumbs up/thumbs down“, dengan memperkenalkan pilihan ketiga.

Netflix semalam melancarkan ciri rating ketiga yang membolehkan pelanggan untuk memberikan kandungan yang ditonton dua “thumbs up” (ibu jari ke atas).

thumbs up netflix
Sumber: Netflix

Bermula hari ini, ciri ini akan tersedia pada aplikasi Android, iOS, laman web dan aplikasi TV.

Rating dua thumbs up menunjukkan bahawa anda benar-benar menyukai kandungan yang ditonton, lebih dari tahap rating thumbs up seperti sebelum ini.

Menurut Netflix, pelaksanaan ciri ini bertujuan untuk menawarkan pengesyoran kandungan yang lebih khusus berdasarkan jenis kandungan yang disukai.

thumbs up netflix
Sumber: Netflix

Sebagai pengguna tegar Netflix, saya menyokong ciri terbaru ini kerana pastinya akan dapat menambah baik algoritma pengesyoran kandungan yang boleh ditonton nanti.

Seperti yang dikatakan tadi, ciri dua thumbs up ini tersedia mulai hari ini pada aplikasi Android, iOS, laman web, dan aplikasi TV.

Sekiranya didapati Netflix anda tiada ciri ini hari ini, anda digalakkan untuk mengemas kini aplikasi Netflix atau tunggu beberapa hari sehingga terhadirnya dua thumbs up.

Sumber: Netflix

Baca juga:

  • Ramai Kecewa Harga Netflix Naik Tapi Untuk Kebaikan
  • Bukan Setakat Tonton Filem, Main Game Pun Boleh Di Netflix, Ini Caranya
  • Pengguna Astro Ulti Box Dah Boleh Strim Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress