Kedengarannya agak gila tetapi menurut laporan, Samsung sedang merancang untuk memperkenalkan sensor kamera 576MP pula menjelang tahun 2025. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini mereka juga mempunyai sasaran sensor 600MP.

Walaupun tiada maklumat terperinci mengenainya, Samsung pernah mengatakan resolusi 500MP adalah hampir menyerupai mata manusia.

Selain itu, mungkin sensor kamera ini akan memanfaatkan teknologi selain telefon pintar terlebih dahulu seperti dron, industri automotif dan realiti maya (VR).

Terdahulu, Samsung telah melancarkan sensor kamera ISOCELL HP1 200MP pertama di dunia dan juga ISOCELL GN5 yang mana mungkin peranti andalan Xiaomi akan datang pertama menggunakannya.

Sumber: android authority

Baca juga: