Xiaomi dikhabarkan akan memperkenalkan Xiaomi 14 dan 14 Pro pada 27 Oktober ini. Walaupun Xiaomi sendiri masih belum mendedahkan apa-apa tentang peranti ini, tetapi peniris terkenal; OnLeaks telah mendedahkan reka bentuk Xiaomi 14 Pro.
Xiaomi 14 Pro akan mempunyai paparan berlubang di tengah untuk kamera swafoto sama seperti Xiaomi 13 Pro, skrin AMOLED 2.5D padanya juga lebih kecil daripada 13 Pro iaitu daripada 6.73″ kepada 6.6“.
Di bahagian belakang, peranti ini mempunyai modul kamera agak besar, yang juga menempatkan sehingga 4 kamera.
Selain itu, Xiaomi 14 Pro mungkin hadir dengan bingkai logam yang rata. Butang pada sisi peranti juga masih sama tetapi peranti ini dikatakan mungkin lebih tebal berbanding pendahulunya.
Pada bahagian bawah pula mempunyai port USB-C yang diapit oleh slot kad SIM, mikrofon dan pembesar suara. Manakala pada bahagian atas pula terdapat pembesar suara kedua.
Lain-lain spesifikasi yang dijangka adalah dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, sokongan pengecasan sehingga 120W dan penarafan kalis air serta debu.
Sekiranya benar apa yang dikatakan, mungkin kita bakal lihat siri Xiaomi 14 dalam masa terdekat yang mana dijangka akan diperkenalkan semasa acara Snapdragon Summit berlangsung nanti.
{suggest}
Sumber: 91mobiles