Boleh dikatakan kebanyakan peranti pintar sekarang mempunyai lebih dari 1 kamera. Namun, sebelum era lambakan kamera dalam peranti pintar, tahukah anda jenama manakah yang memuatkan kamera dalam telefon mereka? Kami bagikan sedikit klu mudah, ia bukannya dari Samsung.
Sebaliknya ia adalah dari jenama Kyocera iaitu Kyocera VP-210 yang diperkenalkan pada tahun 1999. Telefon ini pada ketika itu dimuatkan dengan kamera beresolusi 0.11MP sahaja dan mampu mengambil sebanyak 20 gambar sebelum storan dalamannya mula penuh.
Kamera tersebut diletakkan pada bahagian hadapan telefon yang direka seolah-olah sebuah benjol. Padanya juga terdapat stand terbina untuk memudahkan pengguna mengambil mereka sendiri.
Skrin Kyocera ini berukuran 2 inci dengan panel TFT yang mampu mempamerkan sebanyak 65,000 warna dan memproses video dengan kadar bingkai 2fps. Harg jualan telefon ini pada ketika itu adalah 40,000 yen yang bersamaan dengan RM1,593.
Walaupun kemampuan mengambil gambar dan memorinya kecil, telefon ini dilihat sebagai satu revolusi pada ketika pengenalannya kepada orang ramai.
Sumber: Wirelesswatch, Wikipedia, YouTube (Kyocera)