Sony Mobile baru sahaja kalah dalam tuntutan mahkamah berkenaan dengan telefon ‘kalis air’ mereka. Ini bukan kali pertama isu ini dibangkitkan dan sejak 2014, isu tersebut masih menghantui pengguna Xperia. Hampir 2 tahun lepas, Sony memberitahy pengguna supaya tidak menggunakan peranti kalis air mereka di dalam air. Tuntutan mahkamah ini melibatkan pengguna di Amerika Syarikat…