Seorang pakar keselamatan siber bernama Rajvardhan Agarwal dari India mendedahkan kesemua pelayar beasaskan Chromium termasuklah Google Chrome, Microsoft Edge, Opera dan Brave dilaporkan tededah kepada serangan penggodam. Ia berikutan eksploitasi ke atas kod pepijat Chromium yang dijumpai dalam pertandingan penggodaman Pwn2Own yang telah berlangsung minggu lalu. Sungguhpun pembangun Chromium telah pun menampal kecacatan tersebut pada…
Tag: Windows
Ransomware Terbaru Windows Dikesan Disebar Melalui Aplikasi Cetak Rompak
Jika anda seorang pengguna sistem operasi Windows dan terbiasa menggunakan aplikasi cetak rompak, anda perlu lebih berhati-hati. Ini kerana penyelidik keselamatan telah menemui Ransomware terbaru yang tersebar melalui aplikasi cetak rompak. Menurut penyelidik keselamatan bernama Vitali Kremez dari grup MalwareHunterTeam, ransomware yang dikenali sebagai Vovalex itu menyamar sebagai aplikasi Windows seperti CCleaner. Jika mangsa terpedaya,…
Jangan Buang ‘Microsoft Root Authority’ Dari Windows Yang Akan Tamat Pada 31 Disember 2020
Berikutan terdapat kebimbangan pengguna Windows 10 terhadap ‘Microsoft Root Authority‘ yang akan tamat pada 31 Disember 2020 nanti, Microsoft menasihatkan supaya pengguna tidak membuangnya dari sistem Windows. Ini kerana ‘Microsoft Root Authority‘ tidak sepatutnya dibuang dari sistem Windows walaupun selepas mencapai tarikh luputnya. Microsoft Root Authority adalah penting bagi memastikan sistem operasi Windows berfungsi dengan betul. “…the root…
Pelopor Permainan Windows Dan DirectX, Eric Engstrom Meninggal Dunia
Semakin hari semakin ramai individu yang hebat telah pergi meninggalkan kita. Terbaru, dunia permainan kehilangan seorang individu yang berpengaruh tetapi tidak ramai mengetahuinya. Beliau adalah Eric Engstrom, seorang jurutera Microsoft telah meninggal dunia pada usia 55 tahun. Laporan daripada Wall Street Journal, beliau meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat kecederaan. Engstrom merupakan watak penting dalam pembangunan DirectX…
Beratus Ribu Komputer Windows Masih Terdedah Kepada Eksploitasi ‘Bluekeep’
Jika anda masih ingat, pada tahun lalu Microsoft telah mengeluarkan amaran kepada para pengguna Windows tentang kewujudan pepijat yang dikenali sebagai ‘Bluekeep‘. Pepijat itu diklasifikasikan sebagai pepijat kritikal kerana ia boleh menyebabkan eksploitasi terhadap sistem Windows yang boleh ia boleh dibuat secara kawalan jauh (remote desktop protocol aka RDP) bagi menyerang mangsa. Walaubagaimanapun, selepas lebih setahun tentang…
Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken
Penyelidik keselamatan dari Malwarebytes menemukan eskploitasi ke atas ciri dalam sistem operasi Windows iaitu ‘Windows Error Reporting service‘ (WER). Serangan siber tersebut dikenali sebagai “Kraken”. “…we discovered a new attack called Kraken that injected its payload into the Windows Error Reporting (WER) service as a defense evasion mechanism.” Malwarebytes. WER kebiasaannya akan teraktif apabila berlaku…