Berikutan tular perkongsian video iklan raya yang mengajak aktiviti judi baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa mereka telah bertindak dengan menyekat daripada penyebaran ikalan judi tersebut terus berleluasa. Tindakan sekatan secara laluan pantas (‘fast-track’) itu dilakukan dengan bantuan dari pihak PDRM yang telah mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat akses…