Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, itulah peribahasa yang sesuai untuk menyimpulkan keadaan dunia sejak beberapa tahun ini. Untuk vaksin COVID-19, banyak negara telah mula mengagihkan suntikan penggalak dan antara punca utamanya ialah kehadiran varian-varian baharu seperti Omicron. Setakat 25 Januari 2022, sudah 47.5% daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun telah mendapatkan dos penggalak….
Tag: vaksin
Penyanyi Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Selepas Sengaja Dijangkiti Untuk Elak Divaksin
Di kebanyakan negara Eropah, untuk melayakkan diri menyertai acara sosial, sukan dan tempat yang ramai seperti panggung wayang, konsert dan seumpamanya, seseorang perlu sama ada divaksin atau mempunyai sejarah dijangkiti COVID-19. Bagi mereka yang tidak divaksin tetapi pernah dijangkiti, sebuah pas (recovery pass) akan diberikan kerana menurut kajian sains, badan telah mempunyai sistem pertahanan yang…
Warga Emas Lembah Klang Sudah Boleh Dapatkan Dos Penggalak Secara Walk-In Bermula Hari Ini
Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memulakan pemberian suntikan dos penggalakan sejak November 2021 disebabkan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 yang menurun selepas 6 bulan. Hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak untuk warga emas di Lembah Klang tanpa janji temu (walk-in sahaja). Bermula hari ini (19 Januari…
Tidak Boleh Lagi Walk-in Untuk Terima Dos Penggalak
Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat temu janji untuk terima dos penggalak. Bilangan ini juga ditambah dengan rakyat Malaysia yang walk-in utuk mendapatkan suntikan tersebut. Dos penggalak ini diberikan kepada rakyat Malaysia sebagai persediaan kepada badan membina imunisasi kepada varian baharu Covid-19. Kini, perkhidmatan walk-in tidak lagi dibenarkan berikutan laporan terdapat ramai orang…
Cara Daftar Dan Semak PPV Terdekat Untuk Dapat Dos Penggalak Lebih Cepat
Seperti diumumkan oleh KKM sebelum ini, sela masa bagi penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca Covid-19 telah dipendekkan dari 6 bulan kepada 3 bulan. Hal ini disebabkan ancaman varian baharu, Omicron. Dr. Mahesh selaku Ketua CPRC di akaun Twitter-nya berkata orang ramai tidak perlu melakukan apa-apa untuk mendapatkan vaksin penggalak kerana KKM mempunyai data berkenaan pengambilan…
Cara Mohon Dos Penggalak Bagi Individu Yang Mahu Tunaikan Umrah
Bulan lalu, menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa terdapat fungsi baharu dalam aplikasi MySejahtera, iaitu mana-mana individu boleh memohon dos penggalak bagi memenuhi syarat negara lain termasuk urusan mengerjakan umrah atau haji. Oleh itu, menerusi ciapan Twitter terbaru Jawatankuasa Khas Jaminanan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV) berkongsi maklumat lanjut mengenainya. Individu kini sudah boleh memohon dos…