Huawei kini dilaporkan dalam pembangunan menghasilkan sistem pengecaman wajah untuk memantau dan mengesan etnik Uyghur di China. Berdasarkan laporan, dokumen yang dijumpai melalui carian Google memperlihatkan perincian mengenai pembangunan sistem dengan kerjasama pemula dari China, Megvii yang pakar dalam pembangunan pengecaman wajah. The Washington Post turut mengesahkan kesahihan dokumen tersebut. Menerusi dokumen itu, ia menyenaraikan…