Menurut peniris perkakasan popular di saluran YouTube, Moore’s Law Is Dead (MLID), berdasarkan khabar angin dalaman, beliau berkata bahawa cip baharu Intel nanti boleh menjadi antara pemproses terbaik yang pernah dibangunkan oleh syarikat itu. Sekaligus bakal memberi cabaran kepada semua pesaing utama Intel. Intel khabarnya akan sepadukan GPU bersama CPU Intel (iGPU) yang akan dimuatkan…
Tag: ura-ura
Apple MacBook Air 15 Inci Mungkin Muncul Di WWDC
Seperti semua tahu, Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023 yang dianjurkan Apple akan berlangsung dari 5 hingga 9 Jun 2023 nanti. Antara yang akan dinanti-nantikan adalah perkembangan terkini mengenai naik taraf sistem operasi untuk pelbagai peranti Apple meliputi sistem iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS. Tetapi kini muncul ura-ura yang mengatakan bahawa Apple akan turut mengumumkan…
Microsoft Dilaporkan Sedang Cari Pembina Cip, Mungkin Mahu Cabar Cip M Apple
Berdasarkan kepada laporan Windows Latest, Microsoft sedang membuka tawaran kerja khusus untuk pembina cip pemprosesan. Dinamakan sebagai pasukan ‘Microsoft Silicon‘, Microsoft mungkin mahu membina cip pemprosesan mereka sendiri untuk menjalankan sistem operasi Windows terbaru mereka nanti iaitu Windows 12. Ini sekaligus mencadangkan bahawa Microsoft mungkin sudah bersedia untuk bersaing dengan cip M yang dibangunkan Apple…
Microsoft Mungkin Tetapkan Spesifikasi Baru Bagi Jalankan Windows 12
Bukanlah rahsia bahawa Microsoft kini sedang menyiapkan sistem operasi Windows 12 yang dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2024 nanti. Pada acara Ignite 2022 lalu, Microsoft sudah pun menayangkan imej konsep Windows 12 kepada umum yang memberikan gambaran awal sistem operasi tersebut. Berdasarkan khabar angin awal, keperluan TPM 2.0 sepertimana yang diperlukan untuk menjalankan Windows…
WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone
Menerusi kemas kini bagi pengguna beta, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri terbaru di mana pengguna WhatsApp akan dapat menghantar mesej pendek dalam bentuk video. Menurut laman WABetaInfo, ciri mesej video itu dikesan menerusi kemas kini WhatsApp beta untuk iOS 23.6.0.73. Jadi ini bermakna, ciri baru ini sedang dibangunkan lebih awal kepada pengguna peranti iPhone. WABetaInfo…
Cip Khas Snapdragon Didakwa Akan Terus Menguasakan Samsung Galaxy Pada Tahun Depan
Khabarnya Samsung dilaporkan akan terus menggunakan cip pemprosesan dari Snapdragon bagi barisan telefon pintar Galaxy berprestasi mereka pada tahun depan. Samsung pada tahun ini buat pertama kalinya akan mula menggunakan cip pemprosesan Snapdragon bagi semua siri Galaxy S yang dipasarkan di seluruh dunia. Bagi telefon pintar Galaxy S23 yang bakal dilancarkan pada tahun ini pula…