Aplikasi pelayar sesawang UC Browser sekali lagi berdepan kontroversi apabila aplikasi itu didakwa menjejak data penggunanya walaupun sedang digunakan dalam mod privasi “incognito“. Seperti semua sedia maklum, apabila melayari dalam mod incognito, sepatutnya semua laman sesawang atau perkataan carian yang dibuat dalam mod tersebut tidak akan direkodkan. Tetapi menurut seorang penyelidik keselamatan bernama Gabi Cirlig,…
Tag: UC browser
Penggunaan Ciri Sekatan Iklan Di Telefon Pintar Semakin Meningkat
Sepanjang tahun 2019 yang lalu, penggunaan ciri penyekat iklan di telefon pintar semakin meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Blockthrough. Menurut firm pengiklanan tersebut, sekatan iklan pada peranti mudah alih telah mencecah 527 juta. Ia merupakan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun 2016 yang hanya merekodkan 309 juta penggunaan. Kajian bertajuk “2020 Adblock Report” itu menyatakan peningkatan…
Sekali lagi Pengguna Aplikasi UC Browser Di Peranti Android Terdedah Kepada Serangan MiTM
Lebih daripada 600 juta pengguna pelayar tersebut terdedah kepada serangan man-in-the-middle (MiTM). Menurut laporan oleh laman Security Affairs, lebih daripada 600 juta pengguna Android yang menngunakan aplikasi pelayar UC Browser sekali lagi terdedah kepada bentuk serangan penggodam yang dikenali sebagai man-in-the-middle (MiTM). Isu ini didedahkan oleh penyelidik keselamatan peranti pintar bernama Pierluigi Paganini, ahli berdaftar dengan pihak…
Kedudukan 10 Pelayar Sesawang Paling Popular Dikalangan Pengguna Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mei 2019
Chrome masih kekal pelayar paling popular di seluruh dunia. Laman analisis statcounter telah mengeluarkan status terkini kedudukan pelayar-pelayar sesawang paling popular yang digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. Berdasarkan kepada data StatCounter, pelayar Google Chrome masih kekal sebagai pelayar yang paling popular dikalangan pengguna internet di seluruh dunia iaitu pada kadar 62.7%. Peratusan tersebut adalah…
Google Play Store Mengeluarkan Aplikasi UC Browser Dari Senarai Mereka
Aplikasi UC Browser yang dimiliki oleh Alibaba telah dikeluarkan dari senarai Google Play Store selepas pelayan tersebut telah dituduh memindahkan maklumat pengguna mereka ke pelayan mereka di China. Google walau bagaimanapun tidak memberikan sebab mengapa aplikasi tersebut dikeluarkan dari Play Store mereka. Satu pengguna Twitter yang mengaku sebagai pekerja dengan UC Browser telah memberikan sedikit…