PUBG Mobile secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan TESLA, sebuah jenama kereta elektrik yang terkenal dengan teknologi futuristik. Kolaborasi ini akan menampilkan pelbagai elemen baru terutama yang berkait dengan Tesla. Tidak mustahil kita akan disaji skin kereta popular Tesla Model S atau Model X dalam kemas kini akan datang. Menurut pengurus pemasaran PUBG Mobile Asia…
Tag: tesla
Samsung Dan Tesla Dalam Proses Bangunkan Cip 5nm Untuk Kereta Swapandu
Baru-baru ini, Tesla dan Samsung dilaporkan dalam proses membangunkan cip 5nm untuk teknologi kereta swapandu dan sistem infotainment. Sebelum ini, Samsung telah pun membekalkan cip 14nm kepada Tesla yang mana ia adalah sebahagian dalam perkakas Hardware 3.0 (HW 3.0) sebagai komputer swapandu. Tambahan lagi, dengan kerjasama untuk teknologi baharu ini, Elon Musk berkata beliau mahukan pengalaman…
“Seperti Yang Dijanjikan” – Tesla Kini Miliki Ibu Pejabat Di India
Rakyat di India selepas ini lebih mudah untuk memiliki kereta elektrik terkemuka ini kerana Tesla sudah membuka ibu pejabatnya yang pertama di Bengaluru, India. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Tesla akan membuka syarikatnya di India dan akhirnya kini segala persoalan sudah terjawab. As promised — Elon Musk (@elonmusk) January 13, 2021 “Seperti yang dijanjikan”, begitulah…
Elon Musk Pernah Ingin Menjual Tesla Kepada Apple, Namun Tim Cook Tidak Berminat
Sebelum ini, Apple dilaporkan bakal mengeluarkan kereta pandu sendiri menjelang 2024. Terbaru, Elon Musk menyatakan beliau pernah ingin menjual Tesla kepada Apple ketika pihaknya sedang menghadapi kesukaran membangunkan Model 3. Bagaimanapun, CEO Apple Tim Cook bukan sahaja tidak berminat untuk membeli Tesla, malah menolak untuk mengadakan perbincangan mengenainya. During the darkest days of the Model…
Lelaki Ini Secara Tidak Sengaja Membeli 28 Buah Kereta Tesla Model 3
Seorang lelaki Jerman secara tidak sengaja membuat pembelian 28 buah kereta Tesla Model 3. Ia berikutan terdapat kesilapan di laman web Tesla yang menyebabkannya membuat pesanan berulang kali. Perkara ini dimaklumkan oleh seorang pengguna Reddit, Balloon Man yang mendakwa bagaimana bapanya membuat pembelian tersebut. Pada mulanya, lelaki itu hanya ingin menggantikan kenderaan lama mereka iaitu…
Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3
Penggodam akan menerima ganjaran sehingga USD1 juta dan sebuah kereta Tesla jika berjaya. Pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla telah mencabar para penggodam bagi mencari sebarang kecacatan yang ada pada rangkaian ciri keselamatan kereta keluaran mereka. Cabaran tersebut dibuka menerusi pertandingan penggodaman “Pwn20wn” yang akan berlangsung dalam bulan Mac nanti di Vancouver, Canada. Tesla mengumumkan mereka…