Kerajaan bercadang untuk melancarkan aplikasi baharu yang dikenali sebagai Aplikasi Mudah Alih Nasional. Apliaksi tersebut merupakan satu aplikasi untuk pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan digital yang akan menjadi pusat sehenti setempat untuk pelbagai kemudahan penggunaan, kepelbagaian fungsi, ciri-ciri dinamik, kepelbagaian perkhidmatan digital serta membolehkan pengguna merasai pengalaman digital yang lancar. Aktiviti-aktiviti seperti mengakses perkhidmatan digital…
Tag: SKMM
Perkhidmatan Internet Melalui Rangkaian 4G Di Paya Besar, Pahang Telah Dipertingkatkan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa penduduk luar bandar dan kawasan persekitaran di Paya Besar, Pahang kini telah mendapat perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik. Ia selepas siapnya sebuah menara baharu dan 19 stesen pemancar yang telah dinaik taraf sehingga 31 Ogos 2021 lalu. SKMM menyatakan, dengan adanya menara baharu dan menara yang dinaik…
SKMM Mendengar Keluhan Pengguna Tentang Isu Kelewatan TM Menaiktaraf Pelanggan Streamyx Ke unifi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Sabtu, 28 Ogos 2021 lalu telah pun mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk Kampung Lahar Tiang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ia sebagai tindakan susulan aduan pengguna di kawasan itu mengenai kelewatan pihak TM untuk menaiktaraf pelanggan Streamyx ke Unifi di kampung tersebut. Dalam pertemuan itu, SKMM memaklumkan bahawa kerja-kerja…
Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa mereka telah mengesan individu tertentu yang menggunakan nama Pengerusi Suruhanjaya itu menerusi alamat e-mel mencurigakan bagi melakukan urusan pemerolehan dan pembayaran kepada vendor antarabangsa. Antara kandungan e-mel itu termasuklah arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun Suruhanjaya berhubung urusan pemerolehan dan pembayaran yang dimaksudkan. Walhal…
SKMM Menafikan Menyekat Artikel Terbitan Portal Berita Luar Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan dakwaan berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya SKMM telah menyekat akses kepada artikel-artikel terbitan portal berita luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Reuters, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post. Selepas menyiasat dakwaan itu, pihak SKMM mendapati pautan-pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja…
Isu Capaian Internet Di Kg. Pangi Mendapat Perhatian SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari cawangan Keningau bersama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah mengadakan lawatan ke Kg. Pangi Tenom, Sabah pada 19 Ogos 2021. Lawatan itu susulan daripada laporan yang dibuat oleh Astro Awani berkenaan aduan liputan Internet di Sekolah Kebangsaan Pangi. Hasil lawatan itu pihak SKMM mendapati, wujud masalah pada sistem transmisi satelit…